Thursday, November 8, 2012

♥ Happy 2nd year Birthday Party for Aliesya


Di sini kita nak share sikit sambutan Birthday Aliesya yg kedua tahun
wah..Aliesya dah besar dah time ni..dah boleh berckp kan..tp pelat la

"Happy 2nd Birthday Aliesya"
Location: Appt Ria, Genting Highland
Date:4/12/2010 (Saturday)

Aliesya tersgt la manja time ni..mana taknya dia sorg jer puteri kesayangan kami

Mommy & Daddy dah sebulat suara nak celebrate birthday Aliesya kali ini di Genting Highland, so planning awal 2 minggu kami tempah Appt Ria, Genting Highland utk appt 3 bilik disamping boleh la berjln2 cuci2 mata bwk family kat tmpt2 yg sejuk2 ni.




Kek Birthday tempah dekat secret recipe jer..tak cukup masa nk order dah masa ni..
mommy busy berbusiness..actually pd thn 2009 jugak la mommy dah start beronline business



Tema kali ni pun ada red jugak.



Comeeyynya dia ikat rambut ala2 mickey mouse..


Bergambar bersama Cik Farhana & Nenek


Ha..taraaa tgk tu mommy pun pakai topi jugak..


 

Nyalakan lilin..Birthday girl nak tiup lilin


"Happy Birthday Aliesya"
ok tiup2 lilin ...clap3x
Aliesya menyibuk ngn cik Ani dia..





Jalan2 mlm tu pusing2 mall






Okey la ni jer la beberapa pix yg sempat kita cari balik...yg penting semuanya happy & enjoy la time ni..
Nenek & Atok pun ada masa ni..Mommy pun dah gemokks la time ni kan..asyik mkn jer...

Wednesday, November 7, 2012

♥ Happy 1st year Birthday Party for Aliesya


Mengimbau semula kenangan sewaktu sambutan Hari Lahir Aliesya yg pertama pada tanggal 2/12/2009 & dibuat lewat beberapa hari sebab nk tunggu hari weekend baru mommy & daddy cuti.
Di sini ku abadikan di blog untuk tatapan keluarga juga jika Aliesya dah besar nanti boleh la baca yerr.

Happy 1st Birthday Bash
Wan Nur Aliesya Adriana Bt Wan Shaharul Maizi
---------------------------------------------------------
Location: KFC Extreme Park, Section 13, Shah Alam
Date:6/12/2009 (Saturday)

"Mommy & Daddy love you..semoga menjadi insan yg berguna kelak"



Aliesya senyum simpol..hehee ..


Kek Birthday yg ditempah di salah satu blog..
tak hingat la pulok apa nama blog tu..


Gambar kenangan kami bersama Mak, Adik2,Mak Nyah,
Rozie sekeluarga, Angah Netty sekeluarga.
Terima kasih yg tidak terhingga kerana hadir..tidak lupa juga pd kwn2 yg hadir spt Natrasha,Nadia,Mira,Naz , Arbayah etc


Aliesya, Mommy & Daddy



Aliesya seolah2 princess in red


Suasana sebelum Aliesya dibawa masuk utk sesi potong kek

Ada chicky (maskot KFC) & kakak yg buatkan belon2



Muka ala2 badmood jer ..mungkin mengantuk kot.


Daddy with his little princess


Birthday wishes drpd keluarga & semua teman2 mommy&daddy yg hadir


Presents dr kwn2 utk Aliesya..terima kasih..yerr

♥ Permohonan Online BR1M 2.0



Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebanyak RM500 (permohonan baru utk isi rumah) & RM250 (kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan) boleh dibuat dengan memuat turun atau mengisi Borang BR1M 2.0 secara online bermula pada 1 November 2012.  Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kemudian.
Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jab atan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun (download) melalui link dibawah.
Berikut adalah Individu yang layak mendapatkan BR1M (RM500):
-Warganegara Malaysia 
-Lelaki/Perempuan yg menjadi ketua kpd ahli yg tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 & ke bwh:
-Warga emas sebatang kara (berumur 6othn ke ats) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 & ke bwh.
  • Isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula. 

Berikut adalah Individu yang layak mendapatkan BR1M (RM250):
- Warganegara Malaysia;
- Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Pemohon juga boleh memohon secara online dengan mengisi borang BR1M 2.0 di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan sila rujuk panduan yang disediakan.

♥ Semangat Kembali Aktif Berblog!!


Wah Lamanya kita tak mengupdate blog ni..dah bersawang2..hehehe

ini gara2 aktif menjual di blog Babylicious Collection & Mommylicious Collection

Jom la bertandang ke blog kita yerrr.





Jom tgk kronologi gambar2 kita dari tahun 2008-2012

daripada pregnant anak 1 skrg dah nak masuk 3 org (very2 soon)

Alhamdulillah..


Gambar Ayda masa tahun 2008 mengandungkan Aliesya 2 bulan


Gambar ni masa tahun 2009, Aliesya dah berusia 6bulan


Gambar 1st year kami berhari raya bersama Aliesya & Gambar Ayda (2009)



Gambar Ayda & Aliesya pada tahun 2010


Gambar kami 3 beranak pada tahun 2011


Gambar Ayda sudah berhijab mulai tahun ini (2012)
Alhamdulillah syukur


Gambar paling latest kami 4 beranak (adik setahun,kakak 4tahun)
 pada Hari Raya 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...