Wednesday, November 7, 2012

♥ Permohonan Online BR1M 2.0



Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebanyak RM500 (permohonan baru utk isi rumah) & RM250 (kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan) boleh dibuat dengan memuat turun atau mengisi Borang BR1M 2.0 secara online bermula pada 1 November 2012.  Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kemudian.
Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jab atan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun (download) melalui link dibawah.
Berikut adalah Individu yang layak mendapatkan BR1M (RM500):
-Warganegara Malaysia 
-Lelaki/Perempuan yg menjadi ketua kpd ahli yg tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 & ke bwh:
-Warga emas sebatang kara (berumur 6othn ke ats) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 & ke bwh.
  • Isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula. 

Berikut adalah Individu yang layak mendapatkan BR1M (RM250):
- Warganegara Malaysia;
- Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Pemohon juga boleh memohon secara online dengan mengisi borang BR1M 2.0 di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan sila rujuk panduan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...